Pages

Wednesday, March 16, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Hikayat Merong Mahawangsa 2011


          Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan tentang susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas kerajaan Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Walaupun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengagumkan. Era ini bermula dengan pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa merupakan keturunan Iskandar Agung (The Great Alexander) dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-12 masihi. Merong Mahawangsa (raja pertama Langkasuka) merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah beragama Hindu pada masa itu. Phra Ong Mahawangsa (keturunan Merong Mahawangsa ke-6) memeluk Islam pada 1136 masihi dan mengambil gelaran Sultan Mudzafar Shah.




Pahlawan Langkasuka (Embi)
Kiri : Lanun Garuda       Kanan : Merong Mahawangsa


         Bahagian awal cerita ini mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Maharaja Rom. Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negara China telah diserang oleh Lanun Garuda. Setelah memenangi pertarungan dengan Garuda, dia membuka Negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Merong pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Merong Mahapudisat menjadi raja. Kemudian, Langkasuka ditukar namanya kepada Kedah Zamin Turan.

         Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam. Manakala putera keduanya, Raja Ganjil Sarjuna ditabal sebagai Raja Perak. Anakandanya yang ketiga, seorang puteri sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja Seri Mahawangsa inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera. Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya, putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi Raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.

Friday, March 11, 2011

Puteri Gunung Ledang





          Dalam sejarah melayu, Puteri Gunung Ledang dikatakan amat cantik hingga diingini oleh Sultan Mahmud (sultan terakhir) dari Kesultanan Melaka. Pendekar yang diutuskan meminang ialah Laksamana Hang Tuah, Tun Mamat dan pembesar-pembesar yang lain. Semasa kecil, Hang Tuah berguru silat di atas Gunung Ledang dan sudah biasa dengan jalan ke puncak Gunung Ledang. Tetapi pada waktu itu, umurnya sudah terlalu tua untuk naik ke puncak Gunung Ledang. Dengan itu, Tun Mamat ditugaskan oleh Sultan Mahmud untuk pergi membawa rombongan meminang Puteri Gunung Ledang. Lalu mereka menemui seorang nenek tua atau lebih dikenali sebagai nenek kebayan yang sebenarnya hanyalah penyamaran Puteri Gunung Ledang bagi menggaburi mata Tun Mamat dan pengikutnya. Puteri Gunung Ledang dikatakan menolak pinangan Sultan Mahmud dengan mengenakan tujuh syarat yang tak mampu ditunaikan, iaitu:

  • 1 jambatan emas dari Melaka ke puncak Gunung Ledang.
  • 1 jambatan perak dari Melaka ke puncak Gunung Ledang.
  • 7 dulang hati nyamuk.
  • 7 dulang hati hama.
  • 7 tempayan air mata anak dara.
  • 7 tempayan air pinang muda.
  • 1 mangkuk darah Putera Ahmad (anak Sultan Mahmud Shah) yang masih kanak-kanak lagi.
Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Mahmud kecuali darah Puteranya.

Thursday, March 03, 2011

Basirompak

Peniup Saluang
Saluang Sirompak













         Bagi sebahagian masyarakat yang tinggal di Negeri Taeh Baruah, kepercayaan seperti ini tercermin dalam kehidupan mereka. Penolakan atau penghinaan cinta yang dilakukan oleh seorang perempuan, mendapat respon yang lansung dari pihak lelaki. Hal itu terlihat apabila diajukan pertanyaan yang berhubung dengan "bagaimana sikap lelaki apabila hasratnya ditolak oleh si perempuan". Jawaban yang dapat disimpulkan adalah bahawa sikap perempuan yang menghina dan melecehkan seperti itu harus diberikan ganjaran yang setimpal. Kalau seorang lelaki yang dihina cintanya oleh seorang perempuan tidak mendapatkan perempuan itu, maka dengan perantaraan pawang sirompak akan dibuatnya perempuan itu menjadi gila. Namun, apabila seorang perempuan menolak cinta seorang lelaki dengan baik, dan lelaki itu tetap juga pergi ke pawang sirompak untuk melaksanakan niat jahatnya. Walau bagaimanapun perempuan itu tidak akan "termakan" oleh usaha lelaki tersebut.

         Basirompak di Negeri Taeh Baruah Kecamatan Payakumbuh, Sumatera Barat, adalah suatu aktiviti ritual magis yang dipimpin oleh seorang pawang. Dalam melaksanakan tugasnya, pawang sirompak dibantu oleh dua orang yang masing-masing bertindak sebagai tukang ombuh saluang sirompak (peniup saluang sirompak) dan sebagai tukang soga. Sedangkan pawang bertugas mendendangkan mantera-mantera sekaligus memainkan gasiang tengkorak.